Salam buat semua.
Untuk isu pertama, Analisis Amatur-Berjiwa Rakyat akan berkongsi hasil analisis amatur mengenai keputusan pilihanraya di Hulu Selangor baru-baru ini. Seperti yang dijangkakan, hasil keputusan pilihanraya akan berpihak pada Barisan Nasional. Kebanyakan penyokong PKR sudah semestinya melemparkan tuduhan bahwa kemenangan BN adalah hasil dari taktik kotor kerajaan MANAKALA penyokong BN pula, semestinya berpendapat bahawa rakyat mula kembali percaya dan menyedari akan sikap PKR yang tidak menepati janji, dan pelbagai lagi. Akan tetapi, jika kita selami JIWA RAKYAT, saya (AA) berpendapat, kemenangan BN pasti tidak mampu dimiliki sekiranya parti pembangkang tidak meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor. Ini kerana, hasil analisis amatur, untuk membolehkan pembangkang memenangi pilihanraya tersebut, pembangkang perlulah meletakkan ahli PAS sebagai calon dan bukannya meletakkan Zaid Ibrahim yang mana pada mata sesetengah rakyat yakni atas pagar dan mahukan ketelusan, melihat Zaid Ibrahim sebagai seorang calon yang tidak disukai kerana sikapnya yang kelihatan agak bongkak bermula dari tempoh beliau memegang jawatan di Jabatan Perdana Menteri sehinggalah sekarang. Jadi, saya berpendapat, keputusan meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon adalah satu strategi yang SALAH sama sekali dan telah terbayang kekalahan pembangkang dari awal meskipun pembangkang dengan hebat mengutarakan isu APCO sebagai isu utama. Untuk tambahan buat parti pembangkang, jika betul anda mahu lebih maju kehadapan dan memerintah negara, anda perlu lebih memahami rakyat, kerana hasil analisis amatur, rakyat terutamanya yang terdiri dari golongan Melayu, lebih bersedia untuk mengundi calon dari PAS berbanding calon dari PKR yang mana corak kepimpinan PKR lebih membayangkan corak pemerintahan BN. Ini kerana, rakyat sekarang mahukan ketelusan bukannya reformasi yang agresif.
Selain itu, bagi BN pula analisis amatur berpendapat, strategi meletakkan seorang calon India yang kelihatan lebih mesra rakyat yang sentiasa tersenyum lebar dengan senyuman yang ikhlas membuatkan rakyat kembali memilih BN. Tambahan pula, dengan kesilapan PKR meletakkan calon yang tidak dipercayai rakyat membuatkan BN tampak menang dengan agak selesa di Hulu Selangor. Akan tetapi, bagi analisis amatur, itu semua hanyalah kerana strategi yang baik kerana, jika dilihat dari jiwa rakyat (sesetengahnya), pemerintahan BN akan lebih goyah sekiranya Dato Najib masih lagi memegang tampuk pemerintahan kerana corak pemerintahan Najib yang lebih mengutamakan Negara-negara Barat dan hasil dari tuduhan-tuduhan liar bahawa Najib mengikut telunjuk isterinya serta penggunaan isu pembunuhan altantuya yang sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan rakyat walaupun tidak diketahui kebenarannya. Jadi, analisis amatur berpendapat, bagi BN kembali mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh rakyat dan bukannya kepercayaan sementara yang diterbitkan di Hulu Selangor kerana sesetengah rakyat yang kurang menyenangi peribadi Zaid Ibrahim, BN perlulah menukar pemimpinnya kepada pemimpin yang lebih dipercayai ketelusannya dan tidak memerintah atas kepentingan diri sendiri serta tidak mempunyai isu yang boleh digunakan oleh pihak pembangkan seperti rasuah dan sebagainya. Sekiranya perkara ini tidak dilakukan, nampaknya, dijangkakan BN masih lagi tidak dapat mendapat majoriti undi 2/3 dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Sekian buat masa ini, *analisis amatur*...
Analisis Amatur adalah terbitan analisis BERJIWA RAKYAT dan tidak mempunyai mana-mana kepentingan. Analisis yang diutarakan adalah pandangan seorang amatur dan bakal menganalisis isu-isu semasa.
Monday, April 26, 2010
Permulaan Analisis Amatur (Berjiwa Rakyat)
Salam perkenalan kepada semua.
Terlebih dahulu, terima kasih kerana dapat meluangkan masa untuk melawat dan membaca blog yang baru dibuka iaitu Analisis Amatur (AA). Untuk makluman, AA diterbitkan di internet buat menganalisis isu2 semasa dari perlbagai sudut aspek. Seperti nama terbitan, iaitu Analisis Amatur, saya harap anda faham yang ini hanyalah analisis seorang amatur, yang tidak mempunyai kepentingan, dan hanyalah untuk menyuarakan apa yang dirasa sebagai suara rakyat negara Malaysia yang tercinta. Mungkin ini hanyalah suara kecil, tetapi, jika diamati dari masa ke semasa, analisis amatur bakal menjadi suara yang mungkin mewakili sebahagian besar suara rakyat Malaysia.
Jadi, saya (AA) berharap, anda semua dapat memberi sokongan secara berterusan pada Analisis Amatur. Saya juga menerima pendapat dan pandangan anda semua secara terbuka bagi memperbaiki kelemahan yang wujud dalam Analisis Amatur. Akhir sekali, saya juga ingin meminta maaf sekiranya pendapat saya menyebabkan sesetengah pihak kurang senang dengan apa yang diutarakan. Jadi, sekiranya wujud perasaan sebegitu, saya berharap, anda maafkanlah saya kerana saya cumalah seorang analisis amatur yang berjiwa rakyat...
Subscribe to:
Posts (Atom)